![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
![]() |
![]() |
About Me"Aku adalah aku yang tidak akan cuba untuk menjadi orang lain." Kisah Terbaru...
Catatan Kehidupan
Katakan Sesuatu...
Hubungi Saya...Langganan...
Terima Kasih... |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Atilia - Cinta Si Gadis Bisu
life with dreams: Friday, December 11, 2009 Asalammualaikum...
Di sini saya ingin memohon bantuan daripada tuan/puan/saudara/saudari yang mempunyai salinan asal Atilia... Cinta Si Gadis Bisu, sudilah kiranya untuk menghantarnya semula kepada saya melalui emel berikut b i r u s a k u r a
@ y a h o o . c o m Di sebabkan peristiwa rompakan di bilik Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang yang berlaku beberapa bulan yang lalu, saya telah kehilangan salinan asal cerita tersebut. Oleh itu, saya memohon kepada mereka-mereka yang masih mempunyai salinan cerita tersebut untuk mengirimkannya kembali melalui emel yang tertera di atas. Dengan ini juga saya ingin menjemput, tuan/puan/saudara/saudari untuk ke www.unknown-storyteller.blogspot.com Sekian, terima kasih. Tell me your dreams Permalink DHiya's dreams at 08:47 pm
Sedutan DCKed (3)
life with dreams: Sunday, October 05, 2008 "Aina, I've good news and I've bad news. Which one you want to hear first?" Jeritku dicorong telefon sebaik talianku bersambut tanpa sempat Aina berkata apa-apa. "Bad news first." Aina memilih khabar kurang baik terlebih dahulu. "I've made up my mind. Cincin dia, aku dah pulangkan." Suaraku sedikit mendatar, seperti orang kecewa. Aina diam tanpa sebarang kata, cuma keluhannya sahaja yang kedengaran. Aku tahu dia hampa. Tapi... "Good news then?" "His family will be coming next 2 week." Balasku dengan nada ceria. "What for? Kau dah putuskan... Wait. What are you saying again?" "Keluarga dia akan datang 2 minggu lagi." Ada airmata menitis dipipiku saat aku mengungkapkan ayat itu. "Aaaa!!!" Jeritan Aina kedengaran nyaring di corong telefon sehinggakan aku terpaksa menjauhkan ganggang telefon dari telingaku. "Bertuah punya kawan! Kau kenakan aku ye?" Aku ketawa mendengar reaksi Aina; ketawa dalam tangisan kegembiraan. "Silly. Kenapa menangis ni? You should be happy." "Aku happy. Happy sangat. You know, women and tears. Memang tak dapat dipisahkan. Kecewa menangis, gembira pun menangis. It's in our blood, sister." Balasku dalam sendu. "Hey, hey, stop crying! Aku pun jadi menangis macam kau." Ujar Aina sambil cuba menenangkan diri sendiri. Akhirnya kami sama-sama ketawa dan menangis serentak. Setelah masing-masing agak stabil dengan emosi, Aina memulakan bicaranya. "Congratulations. Akhirnya kau membuat pilihan juga." "Aku tak pilih dia. Dia juga tak pilih aku. Tapi cinta memilih kami berdua dan takdir menentukan kami bersama. Doakan kami akan terus bersama sehingga ke akhirnya." "Wow! Look who's talking. Are sure you are the same Elmy?" Aku ketawa dihujung talian. Aku sendiri tidak tahu bagaimana perkataan seperti itu keluar dari mulutku, lancar sahaja. "Insya-Allah, dear. Insya-Allah..." Balas Aina. NOTA: Kita tidak memilih untuk jatuh cinta. Apatah lagi memilih orang-orang tertentu yang hadir dalam hidup kita untuk diserahkan cinta yang ada. Cinta memilih 2 insan yang saling tidak mengenali pada asalnya untuk sama-sama merasai nikmat dan keajaibannya. Jodoh dan takdir menentukan kebersamaan pasangan tersebut. Untuk berapa lama? Itu terletak pada usaha kita bagaimana dan berapa lama untuk mengekalkannya... Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Enjoy! Jaga diri. Semoga sentiasa dilindungi-Nya! Dream (1) Permalink DHiya's dreams at 03:33 am
Sedutan DCKed (2)
life with dreams: Wednesday, August 27, 2008 Dia ketawa kecil mendengar jawapanku. Pandai betullah kau berlakon Elmy! Boleh jadi Pelakon Harapan Terbaik Anugerah Filem Malaysia. Aku memuji diri sendiri. Apa-apa jelah.
Lelaki dihadapanku ini masih lagi meneruskan suapan demi suapan ke dalam mulutnya. Makanannya masih berbaki separuh. Sementara aku pula sudah seakan keputusan selera. Wajahnya kutenung curi-curi. Sebaik dia mengangkat wajahnya, aku menghalakan pandanganku ke arah lain. "Elmy..." Panggilnya. Aku kembali menatap wajahnya. "Would you marry me?" Dia bersuara selamba, pandangan matanya memandang tepat ke dalam anak mataku. Hah?! Rahangku seakan terjatuh. Aku ternganga mendengar pertanyaannya. Biar betul dia ni? Gila! Nak buat aku syok sendirilah tu. Tak pun, dia ni memang betul dah tak betul! Erk, apa aku cakap ni? Ish, mamat ni memang dah kemaruk nak kahwin! Aku telan air liur. Harus ke aku beri jawapan pada persoalannya itu? Entah-entah dia main-mainkan aku. Macam selalu. Aku ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Bukannya baru sekali ini aku terkena, getus hati kecilku. "Well, I thought so..." Kemudian lelaki itu turut sama ketawa. Mungkin lucu baginya kerana mampu membuatkan wajahku pucat seketika tadi. Bertuah! Kan aku dah cakap, mesti dia sengaja je nak menguji. Kalaulah aku cakap 'YA' tadi, mungkin tawanya lebih besar. Atau mungkin saja dia berguling-guling mentertawakanku. Senyum kuhadiahkan pada lelaki itu. Wajahnya kutatap tanpa dia sedari. Bukankah lelaki itu umpama angin. Datang dan pergi sesuka hati. Sedikit pun tidak mempedulikan orang lain dalam hidupnya. Kalau ada, ada lah dia. Kalau tidak, jangan dipaksa. Nanti makin jauh dia lari, makin sukar untuk kau menangkapnya. Ya, umpama angin. Kehadirannya dirasai, tapi jangan minta lebih dari itu. Untuk lelaki terus setia pada satu wanita, adalah sesuatu yang mustahil! Kalau ada, kau sangat bertuah! Nota: Tiada apa yang boleh Dhiya kongsikan di sini. Cerita-ceriti diri pun adakalanya tidak sempat untuk ditaip. Oleh itu, Dhiya selitkan DCKed... di sini. Buat pengubat rindu mereka yang tertanya-tanya. Enjoy! Jaga diri... Semoga sentiasa dilindungi-Nya... Tell me your dreams Permalink DHiya's dreams at 12:47 am |
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||